Thursday, January 2, 2014

Surat Cinta DariNYA

Dulu masa sekolah rendah, main surat-surat ni memang hobi lah. Kalau dapat surat dari kawan (walhal kawan yang duduk meja sebelah dalam kelas), teruja habis la dia. Nak ceritanya disini, receiving a letter from other people gives us a little joy deep down :) 

Sekarang takde siapa dah nak pos-pos surat, semua ecard je. Tapi kadang-kadang kita lupa, ada surat cinta yang dah lama ada pada kita, dengan ayat penuh puitis dan cantik disusun iaitu ayat-ayat Al-Quran, mesej dari Pencipta kita sendiri. Saya akui bila saya baca Al-Quran, mulut membaca, fikiran dah fikir "nak makan apa yea lepas ni?". So ibarat baca surat dapat dari orang Kazakhstan la jawabnya, bunyi keluar, makna main agak-agak je. Jadi saya nak 'upgradekan' diri saya yang jahil ni, saya baca refer dengan terjemahan. Maka mulalah saya memahami apa yang saya baca. Tetapi! Ada lagi masalah lain, dah baca terjemahan pon, kadang tu ada ayat yang makna sangat simple, tetapi tidak memberi impak sentapan menusuk ke jiwa. Risau dengan diri saya yang kadangkala macam tidak berperasaan bila baca surat daripada Allah swt,  maka saya doa janganlah ia kerana hidayah Allah swt sedang ditarik perlahan-lahan ketika itu. Nauzubillah.


Alhamdulillah, Allah has His own way of showing me the cure for my soul.  A few days back, dapat tahu ada Majlis Selawat Burdah di Masjid Negeri Shah Alam, terus ajak adik pergi sebab saya percaya bila kita ada niat melakukan benda yang baik, kene terus buat, terus bertindak, sebelum syaitonirrajim sempat nak bukak mulut dia. aip no no no~ hehehe. 




Sedikit saja terjemahan dari Surah Al-Baqarah, ayat 152, yang Habib Ali Zaenal terangkan dapat menyentuh hati saya..

"Maka ingatlah Aku, Nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kau kufuri nikmat-Ku."

Ini yang saya maksudkan bila saya dah memahami terjemahannya, saya hanya faham apa yang tersurat. Jadi takde lah bacaan itu sampai ke dalam jiwa. Tersiratnya seperti yang diterangkan oleh Habib Ali Zaenal ialah, Allah tidak hanya suruh kita bersyukur semata-mata, tetapi juga sentiasa ingat pada Pemberi Nikmat tersebut.  Allah menyuruh hambanya INGAT padaNYA, setiap hari, setiap saat.

Saya tanya diri saya, dalam 24jam sehari agaknya berapa jam atau minit saja yang saya mensyukuri nikmatNya justeru mengingatiNya dengan penuh rasa kerdil. Hanya ingat padaNya bila waktu solat dan berzikir, HANYA pada waktu macam tu. Saya fikir, macam mana nak buatkan kita sentiasa nak mengingati Allah swt sedangkan kita tengah nak memasak, sedang driving, sedang membeli belah yang mana masa-masa macam tu fikiran saya memikirkan resepi nak buat nasi goreng, nak kene tengok jalan raya, nak kene cari pencuci baju kat Tesco.

Apa yang membuatkan saya jumpa cara nak selesaikan masalah saya ini adalah, ketika saya rukuk dan melihat dua-dua kaki saya yang sempurna dan postur badan saya boleh rukuk sebegitu. MasyaAllah, it hits me hard, macam mana saya berani kata susah nak ingat pada Allah swt, sedangkan hari-hari pandang nikmat yang diberikanNya. Nikmat berjalan, nikmat bernafas, nikmat membuang air kecil dan besar. All the little things that I take so lightly. Astaghafirullahhalazim... Semoga kita lebih menghargai nikmatNya dan mengingatiNya setiap detik dalam kehidupan kita. Amin InsyaAllah.

Mereka ni yang rukuk dengan satu kaki tetapi bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan ingat pada Nya. By right, saya yang rukuk dengan dua-dua belah kaki sempurna perlu 2 kali ganda bersyukur dan berkali ganda ingat pada Allah SWT. Tak gitu Hani? :)


"Money says "Remember me, and forget everything!"
"Time says "Remember me, and forget everything!"
"Future says "Remember me, and forget everything!"
"Allah SWT says "Remember me, and I GIVE YOU EVERYTHING!"

No comments:

Post a Comment