FAKTOR PEMBENTUKAN JERAWAT
Daripada penerangan terperinci yang saya jelaskan tentang jerawat di sini, saya ingin share pula sebab mengapa ada di antara kita yang lebih cenderung mendapat jerawat.
HORMON
Faktor utama biasanya ialah faktor hormon. Perubahan hormon
menyebabkan sesetengah organ badan kita "off" sikit la. Waktu yang biasanya kita akan melalui fasa perubahan hormon ini adalah ketika memasuki alam akil baligh, 3 bulan pertama mengandung dan juga masa datang bulan. Ketika fasa ini, badan
kita mengeluarkan hormon androgen(sejenis hormon lelaki) yang lebih banyak dari biasa. Fungsi hormon
lelaki ini dihasilkan badan kita sebenarnya untuk menolong pertumbuhan tulang dan otot
bagi wanita dan lelaki. Namun hormon Androgen ini juga menggalakkan penghasilan
minyak di dalam liang roma kita.
Masalah ketidakseimbangan hormon seperti Polycistic Ovary Syndrome juga mengakibatkan masalah jerawat yang
berlarutan hingga dewasa.
GENETIK / KETURUNAN
Jerawat juga boleh dipengaruhi
dari genetik dan keturunan. Kalau ibu bapa kita mempunyai sejarah jerawat
dulu-dulu, ada kemungkinan untuk kita menghadapi masalah yang sama. Masalah
jerawat ialah sejenis genetik menerima, jadi tidak semestinya seluruh ketururan
akan menerimanya.
TEKANAN / STRESS
Mereka yang menghadapi tekanan
akan cenderung untuk mendapat jerawat kerana kesan tekanan akan mencetus “fligh
or fight syndrome”. Ia merupakan “signal” atau amaran yang badan kita hasilkan
kesan dari tekanan. Signal ini akan melalui pelbagai proses yang akhirnya
mengakibatkan badan kita mengeluarkan 30 jenis hormon yang berbeza! So
faham-fahamlah ye kalau hormon berduyun duyun keluar.. toksah stress-stress yea
For further reading untuk “flight
or fight syndrome” http://science.howstuffworks.com/life/fear2.htM
PIL PERANCANG KELUARGA
Bukan semua birth control pill sama dan mendatangkan jerawat. Malah, ada yang digunakan sebagai pencegah jerawat seperti Ortho Tri Cyclen. Birth Control Pill (BCP) biasanya dikategorikan mengikut jumlah estrogen atau progestin yang akan mengawal tinggi rendahnya kesan androgen dalam badan kita. Kesimpulannya, BDP yang meningkatkan kesan androgen seharusnya dijauhi oleh mereka yang memiliki kulit mudah berjerawat. BCP yang tinggi kesan androgen adalah seperti Loestrin, Estrotrep, Fe Levlen, Alesse, Ovral, Norestrin, Nuvo ring, Mirena ring dan Depoprovera sho. Jika ada bahan-bahan ini dalam BCP anda, kalau boleh elakkan.
Bukan semua birth control pill sama dan mendatangkan jerawat. Malah, ada yang digunakan sebagai pencegah jerawat seperti Ortho Tri Cyclen. Birth Control Pill (BCP) biasanya dikategorikan mengikut jumlah estrogen atau progestin yang akan mengawal tinggi rendahnya kesan androgen dalam badan kita. Kesimpulannya, BDP yang meningkatkan kesan androgen seharusnya dijauhi oleh mereka yang memiliki kulit mudah berjerawat. BCP yang tinggi kesan androgen adalah seperti Loestrin, Estrotrep, Fe Levlen, Alesse, Ovral, Norestrin, Nuvo ring, Mirena ring dan Depoprovera sho. Jika ada bahan-bahan ini dalam BCP anda, kalau boleh elakkan.
PANAS, KELEMBAPAN & SINARAN UV
Persekitaran
yang panas menyebabkan muka sedikit membengkak. Sinaran UV pula merosakkan
follicle muka dan meningkatkan kemungkinan bagi jerawat makin membengkak dan
merah.
MITOS POPULAR TENTANG JERAWAT
1. Saya cuci muka dengan kerap supaya tak berminyak :)
Tidakkk. Salah tu. 2 kali ialah jumlah maximum untuk cuci muka
dalam sehari. Bila bangun pagi, dan sebelum tidur. Bila anda cuci muka anda
dengan kerap dan menghilangkan minyak, anda telah menghantar mesej pada badan
anda yang ia perlu menghasilkan lebih banyak lagi minyak. Kerana minyak sangat penting agar muka kita sihat dan lembab. Tapi idak la saya cadangkan biar muka melekit sampai dah macam orang minyak pon tak cuci-cuci. Bila terasa muka kita kotor atau terlalu berminyak, basuh dengan air sahaja sudah mencukupi.
Yaa jerawat dah masak, pop picit!
Ini bukan game nak tunggu jerawat masak ke setengah masak ok. Memicit jerawat adalah pantang utama, I repeat, pantang utama bagi mereka
yang berjerawat! Bila anda picit jerawat, nak keluarkan nasi ke, ape ke, ia
memburukkan lagi keadaan kerana jangkitan kuman sedia ada akan masuk lebih
dalam di lapisan muka kita. Lagi dalam jankitan itu masuk, laaaagi susah nak pulihkan dan bila dah baik, kulit muka akan berlopak macam bulan. Taubatlah dari kerja menyental jerawat ni.
Apa? kacang? jerawat!! coklat? jerawat!!
Menangis 7 purnama I kalau tak boleh makan coklat :'( Tidak dinafikan diet yang seimbang baik untuk
kesihatan kita, tetapi ia bukanlah punca utama jerawat. Perempuan selalu
makan coklat bila stress, lepas tu esok.. dan dan la jerawat keluar. Punca utama
jerawat tu keluar lebih kepada stress yang anda hadapi, atau alahan, bukan pada makanan itu. Tapi
jangan pulak saja nak makan coklat kacang ayam goreng banyak-banyak sebab nak
test mitos ni. Saya menyokong saranan untuk mengambil diet seimbang untuk
kesihatan kita secara menyeluruh biarpun anda ada atau tiada masalah jerawat.
Bila tubuh kita sihat, insyaAllah tiada juga masalah jerawat.
No comments:
Post a Comment