Monday, January 20, 2014

JERAWAT: Merawat, Menghilangkan dan Mengatasi Jerawat Secara Semula Jadi

Info paling lengkap dan terperinci tentang  masalah kulit berjerawat dan cara memulihkannya dengan mudah, cepat, berkesan dan tanpa side effect!

Sooo true! Bila hari-hair yang duduk rumah takde plan nak keluar, Alhamdulillah jerawat semua behave. Bila esok nak keluar ada jumpa kawan lama ke ape, mulalahhhh dia buat perangai. Nak keluar melihat dunia agaknya.. hadoiii ;(


Jerawat ini bukan hanya sekadar merosakkan kulit wajah kita taw, lebih dari itu, merosakkan keyakinan seseorang. Speaking from experience, saya dah katam perasaan orang yang ada masalah yang sama. HUH! Mula masuk tingkatan, kewanitaanku terserlah dengan jerawat. Nasib baiklah saya girls school, so takda la malu sangat, takde boys-boys nak ejek. hehehe. Kawan perempuan pon ada yang mengalami masalah yang sama, so kitorang sama-sama menangis la mengenang nasib masing-masing. hahaha

Penangan masalah jerawat tidak berakhir di situ.. saya mula jadi terlalu sensitipp bila orang tegur pasal jerawat2 ni. Bila jerawat keluar kat tengah-tengah alam, langsung tak nak keluar rumah. Bila keluar dengan kawan, volunteer siap-siap nak jadi tukang tangkap gambar. Macam-macam lagilah sketsa sedih saya dulu. sobsob.

Bersungguh-sungguh nak muka bersih, pelbagai jenis produk muka saya try. Yang dari luar negara, made in Indonesia, Sabun herba asli etc. Macam-macam petua macam-macam tips saya cuba. Jangan biarkan muka berminyak, stok kertas biru clean&clear tu wajib ada dalam poket. Tak boleh makan kacang, makanan berminyak dan bergula, tapi ni payah sikit nak ikut sebab saya makan memang tolak batu dengan kayu je :p Tukar sarung bantal setiap minggu.Buat! Jangan pegang muka, jangan biar rambut sentuh muka, jangan itu jagan ini. Kalah orang pantang lepas beranak yalls! Tapi hampa, jerawat tetap datang lagi. Macam Tora.

Sebab hairan sangat macam mana bersih pon saya jaga kulit saya, tapi keluar jugak jerawat ni. Jadi saya buat banyak research in order to reallllly understand the situation. Dari situ mulalah faham apa yang saya patut dan tak patut buat dulu-dulu.

 Selepas bertahun-tahun mencari jalan nak kulit licin tanpa jerawat. Syukur Alhamdulillah saya sudah menemui cara yang paling berkesan dan paling sihat untuk menghilangkan masalah jerawat :)

Hari ini saya ingin share apa yang saya tahu tentang jerawat secara terperinci dengan anda semua. Saya nak bantu anda fahamkan masalah jerawat ini dari A - Z agar lebih mudah nak menghilangkan dan mengatasinya.

Tajuk yang saya akan terangkan adalah, Apa yang ada dibawah lapisan kulit kita?, Bagaimana jerawat berlaku?, Jenis-jenis jerawat, Faktor pembentukan jerawat, Mitos tentang jerawat dan  Cara semulajadi untuk menghapuskan jerawat. Banyak ini topik nak cover. Bagi yang betul-betul berazam nak muka licin bersih, bersabarlah baca satu-satu tajuk ok? OK. Bagusss.


APA YANG ADA DI BAWAH LAPISAN KULIT KITA?


Follicle ialah seperti kantung yang ada di bawah setiap liang roma kita. Follicle menghasilkan dan melepaskan kerotin setiap hari bagi mengganti dinding follicle yang menipis. Sebaceous gland pula ialah gelendang minyak yang menghasilkan minyak (sebum) yang akan disalurkan melalui bulu roma ke permukaan muka bagi tujuan melembabkan kulit muka kita. Dalam follicle juga boleh terbentuknya bacteria seperti P Bacteria. Secara ringkasnya, 3 substance (Kerotin+Sebum+Bakteria) ini yang akan dikeluarkan dari liang roma ke permukaan muka setiap hari. Apabila kita cuci muka, maka hilanglah bahan-bahan ini dari permukaan muka kita.



PROSES PEMBENTUKAN JERAWAT
Sepertimana proses saya terangkan diatas, sekiranya proses tersebut berjalan lancar, maka tiadalah masalah jerawat, muka pon licin bersih! Te ta pi, jerawat mula terbentuk apabila liang roma tersumbat dan gagal mengeluarkan bahan-bahan di dalam follicle ke permukaan muka. Kebiasaanya, liang roma tersumbat kerana gelendang minyak yang terlalu aktif menghasilkan minyak terlalu banyak. Lain orang lain tahap keaktifan gelendang minyaknya. Liang roma juga mungkin tersumbat kerana sel kulit mati kotoran di permukaan wajah kita menutupinya. Sebab tu jangan pegan muka selalu, lagi-lagi kalau tangan kotor.


APAKAH KETEGORI JERAWAT ANDA?
Lain orang lain masalah muka yang mereka hadapi. Ada yang menghadapi jerawat batu ada pula yang tidak mempunya jerawat tetapi blackhead penuh di kawasan hidung. Masalah-masalah ini bergantung pada jenis muka mereka dan bagaimana gelendang minyak mereka berfungsi.

Non-Inflammatory Acne (Jerawat tidak merah)

Close Comedone

Selalunya dikenali sebagai bintik putih@whiteheads. Ia disebabkan minyak yang tersumbat di dalam permukaan kulit kita kerana pembukaan liang roma yang terlalu kecil. Jadi minyak terkumpul di situ, dan boleh dikeluarkan bila kita picit dan memaksa liang roma buka sedikit luas.


Open Comedone

Atau kita biasa panggil bintik hitam @ blackheads pula terjadi kerana pembukaan liang roma yang terbuka dan minyak atau sebum yang tersumbat di liang roma itu terdedah pada oxygen. Disitu berlakunya pengoksidaan. Sebum kita mempunyai bahan bernama melamin yang bertanggungjawab memberi kulit kita tona(warna). Melamin mempunyai tidak balas apabila terdedah kepada oxygen, iaitu ia akan menjadi gelap. Sebab tu bila kita keluarkan blackheads, sebelahnya hitam, sebelah yang tidak terdedah pada oxygen bewarna putih.


Inflammatory Acne (Jerawat kemerahan)

Papule

Papule ialah bonggol kemerah-merahan di muka. Ia akibat dari sumbatan (minyak+bacteria+keratin) yang tidak lagi boleh ditampung kerana proses penghasilan sebum dan bahan-bahan lain berlaku setiap hari dan sumbatan makin parah, maka ia memecahkan dinding follicle dan bacteria mula berkeliaran di luar kawasan follicle di bawah permukaan muka kita. Ia lah punca inflammation dan di kawasan itu menjadi merah. Kerana bacteria mengeluarkan bahan inflamasi.


Pustule

Pustule pula jenis jerawat yang kita biasa panggil ‘jerawat dah masak’. Jerawat yang dah ada cecair putih di permukaannya. Cecair putih itu dipanggil ‘pus’ dalam bahasa sainsnya. Pus ini diakibatkan dari sistem imunisasi badan kita yang mengarahkan darah putih ke kawasan tersebut untuk melawan bacteria yang dah berkeliaran. Darah putihkan anti bodi kita, macam askar untuk badan kita. Badan kita akan melepaskan inflammatory chemical untuk menewaskan bacteria ini, tetapi bacteria juga mempunyai power untuk mengalihkan arah chemical ini ke kulit kita, maka menambakan lagi ‘redness’ di permukaan wajah. Jadi, bila kita picit jerawat yang sudah masak, cecair putih yang keluar itu ialah sel darah putih kita. Memicit jerawat tidak menyebabkan bacteria hilang, malah bacteria mungkin akan masuk ke lapisan kulit yang lebih dalam yang membuatkan parut yang sangat sukar dihilangkan.


Cyst
Cyst ialah jerawat yang mengalami infection yang lebih dalam kerana bacteria yang merebak lebih banyak, maka system imunisasi kita juga lebih dan menghasilkan lebih pus di lapisan dalam kulit.


Nodule
Nodule pula jenis jerawat di mana minyak yang terperangkan telah memecahkan dinding follicle yang tertanam di dalam lapisan kulit. Ini mengakibatkan infection yang lebih kritikal. Jerawat jenis ini pula sakit jika disentuh.





Sambungan...

Saya berdoa info ini dapat memberi manfaat pada anda semua, InsyaAllah :D


xoxo
Hani

No comments:

Post a Comment