Monday, March 24, 2014

Hati-hati dengan ESP Shaklee. Ada KEBAIKAN dan KEBURUKANNYA!

Sana ESP.. Sini ESP..

Apa yang kecoh sangat pasal ESP ni? Bagus sangat kerrr..

ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP ni sejenis sumber protein dari tumbuhan iaitu kacang soya.

Siapa yang suka air soya, tao foo fa atau tauhu tu memang elok! Tetapi perlulah baca entri ni untuk ketahui soya anda makan/minum tu meningkatkan kesihatan atau memburukkan lagi kesihatan?!

Apa bezanya anda beli air soya ikat tepi kat pasar malam dengan ESP Shaklee ni?!



PROTEIN DIPERLUKAN UNTUK APA?

Anda perlukan protein untuk tumbesaran tubuh. Ia adalah asas kepada semua sel hidup. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat protein yang berkualiti tinggi dan mencukupi, sel yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel yang lama dan yang sudah mati.


Protein juga berfungsi untuk menghasilkan hormon, enzim dan antibodi.

Badan manusia terdiri daripa:
1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Mineral & Vitamin

25% daripada badan kita adalah Protein - kuku, rambut, kulit otot-otot adalah protein. Malah DR. Bruce Miller mengatakan "kita adalah protein".


PROTEIN DARI SUMBER DAGING TAK MENCUKUPI

Kebanyakan kita mengaku dah mendapat protein yang cukup dalam makanan harian. Cukup lah sangatt. Pagi tadi bekpes nasi dagang + ikan tonkol ko! Ikan kaya dengan sumber protein kan?? kan?? kan?? Takut bila saya kene terjah macam ni taww.

Memang betul protein dalam ikan tu tinggi.. tapi, protein dalam ikan ini musnah apabila berada dalam suhu yang tinggi masa kita masaknya. Last-last yang tubuh kita serap hanyalah sisa-sisa protein dan selebihnya minyak dari haiwan dan masakan. Ish ishh ishh patut lemak keliling pinggang :(



APA TANDA-TANDA ANDA TAK CUKUP PROTEIN?

1. Selalu mengidam makanan kurang sihat seperti makanan manis, makanan berkarbohidrat atau kafein
2. Kandungan gula dalam darah tidak stabil
3. Sakit otot dan sendi
4. Susah tidur dan tidak nyenyak
5. Keletihan, tak ada mood dan stres
6. Luka lambat sembuh
7. Antibodi tak kuat
8. Penglihatan kabur
9. Ulser perut dan usus
10. Pening kerana kolestrol dan tekanan darah tinggi
11. Oedema (Bengkak air di kaki)
12. Anemia (Kurang oxygen dalam darah)


APA BEZA SOYA SINGGET & ESP SHAKLEE ?

Ini kisah Mama Haney dolu-dolu. Mama Haney ni "gila" soya rupanya. Tapi mama kata dia dah taobat tak nak makan soya dah. Sebab apa tak pasal-pasal je??

Masa pregnantkan adik Haney, mama kata dia asik mengidam soya je. Pastu dengar orang kata, nak anak putih kulit cantik minum soya banyak-banyak. Siapa tak nak dapat anak kulit cantik kann. Balun punye balun soya sampai lebam.

Mama & Adik atas boat. Terbang-terbang rambut tuhh

KESAN pengambilan soya masa mama pregnant dulu kene pada adik Haney. Mama perasan kulit adik Haney memang putih, TAPI cepat kene RUAM, SENSITIF dan ALERGIK pada banyak makanan!

Itu lah penangan Soya GMO!!

Jadi tolonglah periksa dulu soya anda beli dalam kotak, pastikan ia NON-GMO!


APA BENDA ITU SOYA NON-GMO?

Soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik. Ia dipanggil NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Daripada benih sehingga penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. Mesti ada yang tanya, apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO?

Sebenarnya produk soya GMO ialah soya yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pon tak lalu nak makan.



Bila tiada soya yang rosak dimakan serangga, jadi production pon bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah.

Pengubahsuaian ini mengubah DNA kacang soya tersebut, itulah yang menyebabkan ALLERGY, TOXIN dan potensi KANSER. Nak ke anda bahan perosak ini dalam DNA anda juga??

Banyak dah ura-ura mengatakan soya tak elok, boleh menyebabkan kemandulan lah, soya penyebab kanser dan macam-macam lagi lah.

Ramai yang tak tahu, soya bukan lah penyebabnya. Tetapi bahan kimia yang sintetik la penyebab penyakit alaf baru. Orang jawa dulu lek je makan tempe hari-hari.

Jika anda betul-betul ingin mendapat khasiat soya sebenar, Energizing Soy Protein Shaklee pilihan yang paling bijak. Selepas saya cuba beberapa hari je, efek dia WOW sungguh. Happynye tak sangka ;')

KEBAIKAN ESP

  • Khususnya ESP sesuai untuk semua kerana ia melengkapkan keperluan protein oleh tubuh kita. Protein yang mencukupi akan menyediakan badan anda dengan antibodi yang kuat untuk melawan penyakit.
  • Untuk wanita, ESP memulihara dan memelihara rahim kita. Bila rahim sihat, mudah untuk hamil.
  • Bagi ibu mengandung, ESP menguatkan rahim dan bantu pembentukan otot baby. Protein kan perlu untuk tumbesaran.
  • ESP membanyakkan pengeluaran susu ibu yang berkhasiat. Bila badan ibu cukup protein, susu yang ibu hasilkan pon lebih pekat dan baby cepat kenyang. Kerana komposisi utama susu ibu adalah protein.
  • ESP membuatkan kita cepat kenyang. Sesuai untuk yang ada Gastrik atau nak kuruskan badan. Kalau puasa pon kurang rasa lapar. Lagi cepat la kurus kalau gitu.
  • Protein penting untuk wanita yang nak kulit cantik dan tona muka yang sekata. Jeragat dan parut jerawat yang gelap disebabkan protein kita tidak cukup. Protein akan hasilkan sel baru dan menyingkirkan sel mati yang gelap pada permukaan kulit. Baru lah kulit seluruh badan putih dan cantik!
  • ESP mengandungi kacang soya yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan dengan protein yang diperlukan.

KEBURUKAN ESP

Ada keburukkannya jugak? Ye adaaa. Kalau baik kita bagitau, buruk pon kita bagitau!

Kesan negatifnya berlaku kalau beli tapi tak minum, tak amalkan secara konsisten dan tak mengikut arahan jadual sepatutnya. Rugi nyeee.. cakap kat orang sebelah.. kesiann.

Padahal mudah sangat nak minum ESP. Satu sudu ESP bancuh dengan air kosong atau susu pon boleh, then siap untuk diminum.



Macam ni lah gaya Haney minum ESP. Dengan air kosong je, baru rasa nikmat soya :P
Letak dalam freezer 5minit, pastu minum, perghhh lagi sedap.

Sekarang dah tau kebaikan ESP dan ia baik untuk siapa. Anda dalam golongan yang mana? 
Jika anda golongan yang ingin mencuba, boleh jer, tiada side effect dan SENTIAS SELAMAT!


PROMOSI ESP - MAC 2014



Anda tak nak lepaskan peliang ini sebab:

Beli 6, Dapat 7! Jimat RM 150 di situ.

Dapat FREE MEMBERSHIP selama-lamanya (worth RM65)

Dapat CASH BACK dari Shaklee tengah bulan nanti

Terus dapat Shaklee ID sendiri dan boleh la beli dengan member price. Harga jimat sangat-sangat.

Realisasikan impian anda ingin berbisnes tanpa modal, tanpa menyimpan stok dan paling best, dari rumah je!

Akhir sekali, anda akan dijemput ke Group Esklusif FB di mana mentor dan leader jutawan akan guide kita satu persatu strategi bisnes sampai berjaya! 

Apa yang anda tunggu lagi? Banyak sangat kelebihan promosi ESP ni.

Kalau terlepas, nampaknya 2016 baru boleh jumpa promo ni lagi.. 

Jangan tangguhkan lagi!


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Sunday, March 23, 2014

7 SEBAB KENAPA ANDA SELALU RASA LETIH

Asik rasa mengantok dan letih sepanjang masa?

So anda rehat 1 jam masa lunch break.. bangun dari nap pon masih penat!

Tidur 2 jam.. still penat!

Tidur cukup 8 jam... PON MASIH PENAT?!

Anda mungkin fikir anda penat sebab malam tadi tengok Ariana Rose berjam-jam kat tonton. Haaa I know i know :P

Tapi kalau dah tidur secukupnya, tapi masih penat jugak? Ini ape kes nihh? ANDA PERLU RISAU!

Kerana keletihan yang berpanjangan adalah tanda-tanda tahap kesihatan yang tidak baik.

Antara sebab anda selalu sangat rasa letih dan penat adalah,

1. DEHIDRASI
Keperluan air harian bergantung pada berat badan masing-masing. 25KG = 1 Liter air kosong

2. KEKURANGAN VIT B12
Vitamin B12 ni penting sebab ia memastikan sistem saraf berfunsi dengan betul

3. TERLALU STRES
Jangan biarkan diri anda selalu stres! Vitamin B  juga boleh membantu mengurangkan tekanan.

4. TIDAK MENGETAHUI MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG
Berasa penat sepanjang masa adalah salah satu tanda penyakit jantung. Ini kerana jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan.

5. PARAS ZAT BESI TERLALU RENDAH / TERLALU TINGGI
Keletihan menandakan bahawa zat besi seperti ferum, iron, Fe adalah berkurangan dan tak cukup hemoglobin dalam darah. Oleh itu makanlah  vitamin zat besi dan makanlah makanan seperti daging lembu.

6. TIDAK AKTIF
Anda kurang bersenam. Ini menyebabkan badan anda tidak bertenaga dan lemah. Bersenam je masa tengok drama kat tv tu, berjalan keliling meja makan selama 15minit je pon dah boleh. Kalau anda memang benci dan menyampah dengan senaman. Apa kata keluar ke mall, window shopping, pusing satu mall. Haaa berjam-jam boleh berjalan tu :D

7. MENGHIDAP JANGKITAN SALUR KENCING
Keletihan juga salah satu simptom jangkitan salur kencing atau (UTI). Jika anda juga mengalami simptom seperti kerap rasa nak terkencing, rasa pedih ketika membuang air kecil, cepat berjumpa doktor untuk check keadaan anda.

So jangan buat "Donno" je kalau anda asik penat dan mengeluh keletihan!

Pastikan nutrien harian anda cukup dan seimbang.. InsyaAllah kesihatan pon akan TIPTOP :)

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Thursday, March 6, 2014

Resepi Cinnamon Rolls Ala Cinnabon

Assalamualaikum,



Dah kenapa bagi salam terus tepek gambar makanan ni kan?

Anda TERLIUR? CUKUP TERLIUR? Bagusss kita memang serupa je perangai! Orang banyak teringin ni, nak tak nak terpaksa jugak reti masak sendiri. Kalau tak, duit asik nak bagi kat orang je.

Haney nak share salah satu pencapaian agak tinggi dalam hidup Haney.

Dapat anugerah dekan ke? Dapat pangkat Master Shaklee ke? (Belum lagi, soon :P doakan pliss), Dah tu ape pencapaiannye?

Pencapaiannya *drumroll*  berjaya bukak kedai Cinnabon Sdn Bhd kat dapur sendiri :B muahahaha. Makin besar kilang perut kita yerrr..

Jom try resepi ni. I promise *muka manja*, caranya mudah, cepat dan marbelezz!!

Percobaan kali pertama nihh. Alhamdulillah menjadik dan berhasil! SAVEEE sikit duit teman nak buat kawin esok esok esok....

Jom jom masuk dapur Masterrrrr Chep Haney..




Yang ni proses-proses membikinnya. Peringkat letak topping dah tak hengat dunia!, terus makan tak sempat tangkap gambar.


Bahan-bahannya puan-puan:

Doh
100 ml air
200 ml susu segar
55 g butter
48 g tepung superfine 
1 biji telur
10 g gula
550 g tepung high protein (tepung roti)
7 g yis segera
1 sudu esen vanilla

Filling (Part ni Haney tarok ikut sukasukihati)
55 g butter
125 g gula perang
9 g serbuk kayu manis

Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g  gula icing
5 sudu besar susu segar
sedikit perahan lemon

Ok puan-puan, sekarang tengok pulak cara membuatnya..

1. Masukkan semua bahan doh. Uli sehingga licin

2. Biarkan didalam bekas selama sejam, sehingga doh naik sekali ganda. Lapikkan kain lembab pada kat atas bekas.

3. Tumbuk dan canai doh menjadi saiz segi empat. Sapu butter atasnya, kemudian gula perang dan serbuk kayu manis. (Haney suka haroman semerbak kayu manis, jadi tabur lebih sikit hehe)

4.Kemudia gulung doh yang dah ditaburkan filling dan potong. Susunkan dalam loyang dan biarkan selama 45minit sehingga naik sekali ganda.

5. Sementara menunggu doh kembang kembong, mari sediakan topping. Masukkan semua bahan topping dan gaul hingga sebati. Boleh tambah dan kurangkan sukatan susu segar ikut kesukaan puan-puan

6. Bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit. Apabila dah masak, sapukan topping ketika cinnmon rolls masih suam-suam. Bertambah thorbaik!

Selamat Mencuba ~

Boleh la beritahu saya yea kalau anda dah torai. Ada ok? Macam Cinnabon takk? hehe

Thanks for reading xx!




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!