Monday, March 24, 2014

Hati-hati dengan ESP Shaklee. Ada KEBAIKAN dan KEBURUKANNYA!

Sana ESP.. Sini ESP..

Apa yang kecoh sangat pasal ESP ni? Bagus sangat kerrr..

ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP ni sejenis sumber protein dari tumbuhan iaitu kacang soya.

Siapa yang suka air soya, tao foo fa atau tauhu tu memang elok! Tetapi perlulah baca entri ni untuk ketahui soya anda makan/minum tu meningkatkan kesihatan atau memburukkan lagi kesihatan?!

Apa bezanya anda beli air soya ikat tepi kat pasar malam dengan ESP Shaklee ni?!



PROTEIN DIPERLUKAN UNTUK APA?

Anda perlukan protein untuk tumbesaran tubuh. Ia adalah asas kepada semua sel hidup. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat protein yang berkualiti tinggi dan mencukupi, sel yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel yang lama dan yang sudah mati.


Protein juga berfungsi untuk menghasilkan hormon, enzim dan antibodi.

Badan manusia terdiri daripa:
1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Mineral & Vitamin

25% daripada badan kita adalah Protein - kuku, rambut, kulit otot-otot adalah protein. Malah DR. Bruce Miller mengatakan "kita adalah protein".


PROTEIN DARI SUMBER DAGING TAK MENCUKUPI

Kebanyakan kita mengaku dah mendapat protein yang cukup dalam makanan harian. Cukup lah sangatt. Pagi tadi bekpes nasi dagang + ikan tonkol ko! Ikan kaya dengan sumber protein kan?? kan?? kan?? Takut bila saya kene terjah macam ni taww.

Memang betul protein dalam ikan tu tinggi.. tapi, protein dalam ikan ini musnah apabila berada dalam suhu yang tinggi masa kita masaknya. Last-last yang tubuh kita serap hanyalah sisa-sisa protein dan selebihnya minyak dari haiwan dan masakan. Ish ishh ishh patut lemak keliling pinggang :(



APA TANDA-TANDA ANDA TAK CUKUP PROTEIN?

1. Selalu mengidam makanan kurang sihat seperti makanan manis, makanan berkarbohidrat atau kafein
2. Kandungan gula dalam darah tidak stabil
3. Sakit otot dan sendi
4. Susah tidur dan tidak nyenyak
5. Keletihan, tak ada mood dan stres
6. Luka lambat sembuh
7. Antibodi tak kuat
8. Penglihatan kabur
9. Ulser perut dan usus
10. Pening kerana kolestrol dan tekanan darah tinggi
11. Oedema (Bengkak air di kaki)
12. Anemia (Kurang oxygen dalam darah)


APA BEZA SOYA SINGGET & ESP SHAKLEE ?

Ini kisah Mama Haney dolu-dolu. Mama Haney ni "gila" soya rupanya. Tapi mama kata dia dah taobat tak nak makan soya dah. Sebab apa tak pasal-pasal je??

Masa pregnantkan adik Haney, mama kata dia asik mengidam soya je. Pastu dengar orang kata, nak anak putih kulit cantik minum soya banyak-banyak. Siapa tak nak dapat anak kulit cantik kann. Balun punye balun soya sampai lebam.

Mama & Adik atas boat. Terbang-terbang rambut tuhh

KESAN pengambilan soya masa mama pregnant dulu kene pada adik Haney. Mama perasan kulit adik Haney memang putih, TAPI cepat kene RUAM, SENSITIF dan ALERGIK pada banyak makanan!

Itu lah penangan Soya GMO!!

Jadi tolonglah periksa dulu soya anda beli dalam kotak, pastikan ia NON-GMO!


APA BENDA ITU SOYA NON-GMO?

Soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik. Ia dipanggil NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Daripada benih sehingga penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. Mesti ada yang tanya, apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO?

Sebenarnya produk soya GMO ialah soya yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pon tak lalu nak makan.



Bila tiada soya yang rosak dimakan serangga, jadi production pon bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah.

Pengubahsuaian ini mengubah DNA kacang soya tersebut, itulah yang menyebabkan ALLERGY, TOXIN dan potensi KANSER. Nak ke anda bahan perosak ini dalam DNA anda juga??

Banyak dah ura-ura mengatakan soya tak elok, boleh menyebabkan kemandulan lah, soya penyebab kanser dan macam-macam lagi lah.

Ramai yang tak tahu, soya bukan lah penyebabnya. Tetapi bahan kimia yang sintetik la penyebab penyakit alaf baru. Orang jawa dulu lek je makan tempe hari-hari.

Jika anda betul-betul ingin mendapat khasiat soya sebenar, Energizing Soy Protein Shaklee pilihan yang paling bijak. Selepas saya cuba beberapa hari je, efek dia WOW sungguh. Happynye tak sangka ;')

KEBAIKAN ESP

  • Khususnya ESP sesuai untuk semua kerana ia melengkapkan keperluan protein oleh tubuh kita. Protein yang mencukupi akan menyediakan badan anda dengan antibodi yang kuat untuk melawan penyakit.
  • Untuk wanita, ESP memulihara dan memelihara rahim kita. Bila rahim sihat, mudah untuk hamil.
  • Bagi ibu mengandung, ESP menguatkan rahim dan bantu pembentukan otot baby. Protein kan perlu untuk tumbesaran.
  • ESP membanyakkan pengeluaran susu ibu yang berkhasiat. Bila badan ibu cukup protein, susu yang ibu hasilkan pon lebih pekat dan baby cepat kenyang. Kerana komposisi utama susu ibu adalah protein.
  • ESP membuatkan kita cepat kenyang. Sesuai untuk yang ada Gastrik atau nak kuruskan badan. Kalau puasa pon kurang rasa lapar. Lagi cepat la kurus kalau gitu.
  • Protein penting untuk wanita yang nak kulit cantik dan tona muka yang sekata. Jeragat dan parut jerawat yang gelap disebabkan protein kita tidak cukup. Protein akan hasilkan sel baru dan menyingkirkan sel mati yang gelap pada permukaan kulit. Baru lah kulit seluruh badan putih dan cantik!
  • ESP mengandungi kacang soya yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan dengan protein yang diperlukan.

KEBURUKAN ESP

Ada keburukkannya jugak? Ye adaaa. Kalau baik kita bagitau, buruk pon kita bagitau!

Kesan negatifnya berlaku kalau beli tapi tak minum, tak amalkan secara konsisten dan tak mengikut arahan jadual sepatutnya. Rugi nyeee.. cakap kat orang sebelah.. kesiann.

Padahal mudah sangat nak minum ESP. Satu sudu ESP bancuh dengan air kosong atau susu pon boleh, then siap untuk diminum.



Macam ni lah gaya Haney minum ESP. Dengan air kosong je, baru rasa nikmat soya :P
Letak dalam freezer 5minit, pastu minum, perghhh lagi sedap.

Sekarang dah tau kebaikan ESP dan ia baik untuk siapa. Anda dalam golongan yang mana? 
Jika anda golongan yang ingin mencuba, boleh jer, tiada side effect dan SENTIAS SELAMAT!


PROMOSI ESP - MAC 2014



Anda tak nak lepaskan peliang ini sebab:

Beli 6, Dapat 7! Jimat RM 150 di situ.

Dapat FREE MEMBERSHIP selama-lamanya (worth RM65)

Dapat CASH BACK dari Shaklee tengah bulan nanti

Terus dapat Shaklee ID sendiri dan boleh la beli dengan member price. Harga jimat sangat-sangat.

Realisasikan impian anda ingin berbisnes tanpa modal, tanpa menyimpan stok dan paling best, dari rumah je!

Akhir sekali, anda akan dijemput ke Group Esklusif FB di mana mentor dan leader jutawan akan guide kita satu persatu strategi bisnes sampai berjaya! 

Apa yang anda tunggu lagi? Banyak sangat kelebihan promosi ESP ni.

Kalau terlepas, nampaknya 2016 baru boleh jumpa promo ni lagi.. 

Jangan tangguhkan lagi!


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Sunday, March 23, 2014

7 SEBAB KENAPA ANDA SELALU RASA LETIH

Asik rasa mengantok dan letih sepanjang masa?

So anda rehat 1 jam masa lunch break.. bangun dari nap pon masih penat!

Tidur 2 jam.. still penat!

Tidur cukup 8 jam... PON MASIH PENAT?!

Anda mungkin fikir anda penat sebab malam tadi tengok Ariana Rose berjam-jam kat tonton. Haaa I know i know :P

Tapi kalau dah tidur secukupnya, tapi masih penat jugak? Ini ape kes nihh? ANDA PERLU RISAU!

Kerana keletihan yang berpanjangan adalah tanda-tanda tahap kesihatan yang tidak baik.

Antara sebab anda selalu sangat rasa letih dan penat adalah,

1. DEHIDRASI
Keperluan air harian bergantung pada berat badan masing-masing. 25KG = 1 Liter air kosong

2. KEKURANGAN VIT B12
Vitamin B12 ni penting sebab ia memastikan sistem saraf berfunsi dengan betul

3. TERLALU STRES
Jangan biarkan diri anda selalu stres! Vitamin B  juga boleh membantu mengurangkan tekanan.

4. TIDAK MENGETAHUI MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG
Berasa penat sepanjang masa adalah salah satu tanda penyakit jantung. Ini kerana jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan.

5. PARAS ZAT BESI TERLALU RENDAH / TERLALU TINGGI
Keletihan menandakan bahawa zat besi seperti ferum, iron, Fe adalah berkurangan dan tak cukup hemoglobin dalam darah. Oleh itu makanlah  vitamin zat besi dan makanlah makanan seperti daging lembu.

6. TIDAK AKTIF
Anda kurang bersenam. Ini menyebabkan badan anda tidak bertenaga dan lemah. Bersenam je masa tengok drama kat tv tu, berjalan keliling meja makan selama 15minit je pon dah boleh. Kalau anda memang benci dan menyampah dengan senaman. Apa kata keluar ke mall, window shopping, pusing satu mall. Haaa berjam-jam boleh berjalan tu :D

7. MENGHIDAP JANGKITAN SALUR KENCING
Keletihan juga salah satu simptom jangkitan salur kencing atau (UTI). Jika anda juga mengalami simptom seperti kerap rasa nak terkencing, rasa pedih ketika membuang air kecil, cepat berjumpa doktor untuk check keadaan anda.

So jangan buat "Donno" je kalau anda asik penat dan mengeluh keletihan!

Pastikan nutrien harian anda cukup dan seimbang.. InsyaAllah kesihatan pon akan TIPTOP :)

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Thursday, March 6, 2014

Resepi Cinnamon Rolls Ala Cinnabon

Assalamualaikum,



Dah kenapa bagi salam terus tepek gambar makanan ni kan?

Anda TERLIUR? CUKUP TERLIUR? Bagusss kita memang serupa je perangai! Orang banyak teringin ni, nak tak nak terpaksa jugak reti masak sendiri. Kalau tak, duit asik nak bagi kat orang je.

Haney nak share salah satu pencapaian agak tinggi dalam hidup Haney.

Dapat anugerah dekan ke? Dapat pangkat Master Shaklee ke? (Belum lagi, soon :P doakan pliss), Dah tu ape pencapaiannye?

Pencapaiannya *drumroll*  berjaya bukak kedai Cinnabon Sdn Bhd kat dapur sendiri :B muahahaha. Makin besar kilang perut kita yerrr..

Jom try resepi ni. I promise *muka manja*, caranya mudah, cepat dan marbelezz!!

Percobaan kali pertama nihh. Alhamdulillah menjadik dan berhasil! SAVEEE sikit duit teman nak buat kawin esok esok esok....

Jom jom masuk dapur Masterrrrr Chep Haney..




Yang ni proses-proses membikinnya. Peringkat letak topping dah tak hengat dunia!, terus makan tak sempat tangkap gambar.


Bahan-bahannya puan-puan:

Doh
100 ml air
200 ml susu segar
55 g butter
48 g tepung superfine 
1 biji telur
10 g gula
550 g tepung high protein (tepung roti)
7 g yis segera
1 sudu esen vanilla

Filling (Part ni Haney tarok ikut sukasukihati)
55 g butter
125 g gula perang
9 g serbuk kayu manis

Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g  gula icing
5 sudu besar susu segar
sedikit perahan lemon

Ok puan-puan, sekarang tengok pulak cara membuatnya..

1. Masukkan semua bahan doh. Uli sehingga licin

2. Biarkan didalam bekas selama sejam, sehingga doh naik sekali ganda. Lapikkan kain lembab pada kat atas bekas.

3. Tumbuk dan canai doh menjadi saiz segi empat. Sapu butter atasnya, kemudian gula perang dan serbuk kayu manis. (Haney suka haroman semerbak kayu manis, jadi tabur lebih sikit hehe)

4.Kemudia gulung doh yang dah ditaburkan filling dan potong. Susunkan dalam loyang dan biarkan selama 45minit sehingga naik sekali ganda.

5. Sementara menunggu doh kembang kembong, mari sediakan topping. Masukkan semua bahan topping dan gaul hingga sebati. Boleh tambah dan kurangkan sukatan susu segar ikut kesukaan puan-puan

6. Bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit. Apabila dah masak, sapukan topping ketika cinnmon rolls masih suam-suam. Bertambah thorbaik!

Selamat Mencuba ~

Boleh la beritahu saya yea kalau anda dah torai. Ada ok? Macam Cinnabon takk? hehe

Thanks for reading xx!




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Friday, February 28, 2014

Keistimewaan Shaklee Omega Guard - Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum,

Semalam first time dengar ayah kata "EH Betul la ayah dah kurang rasa sakit-sakit lepas makan Shaklee mama kasi tu". Hearing that from ayah IS SOMETHING :O Sebab ayah ni jenis tak layan suplemen-suplemen ni lagi-lagi kalau ubat doktor pon dah cukup banyak kene telan! 

Daily meds ayah ambik memang cukup tangan segenggam! Tengok dia makan pon rasa macam boleh tercekik tekak. Tapi memang perlu makan kannn sebab ada long history of heart attack and asthma. 

Walaupun dah ambik ubat segenggam, ayah masih ada hari-hari yang kurang baik. Batuk yang teruk sampai mengakibatkan sakit pinggang. Dan dengan umur yang meningkat, stress kat office dan bila terperangkap dalam traffic depan pavi yang sesakkk sangat tu, balik rumah mesti makin teruk sakit pinggang. So dalam sebulan tu mesti ada ambik MC beberapa hari. 

Aduhaiii sebaknya hati tengok ayah kita macam tu ;'(


Om putih beraya kat Peghok


Alhamdulillah lepas sebulan mama setia menghulur Omega Guard kat ayah setiap hari, ayah sendiri rasa perbezaannya dan gembira bagitau dia rasa lebih sihat :D Waahhh sedap hati dengar.. Ya Allah syukur atas nikmat kesihatan kau berikan pada ayahku.

Dalam sebulan ni, sehari je ayah ambik medical leave! Itu pon bukan atas sebab kurang sihat, tapi sebab ada follow-up dengan doktor sahaja. Waa Omega Guard memang pawwwer ;)

Saya pon research-research la tentang nutrien dalam Omega Guard ni, iaitu asik lemak Omega 3. Tak syak lagi, omega 3 memang highly recommended by doctors and health experts!

Omega 3 ialah sejenis polyunsaturated fat yang penting. Kita hanya dapat memperolehinya daripada makanan kerana badan kita tidak menghasilkan nutrien ini. Cara yang paling baik untuk memperolehi omega 3 ialah melalui ikan laut dalam yang segar seperti salmon dan sardin. Bukan sardin tin 3 ringgit setengah kat Giant tu yea. Omega 3 juga terdapat dalam biji kacang seperti flaxseed dan walnut, tetapi, omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh bertukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Jadi APA YANG ISTIMEWA SANGAT OMEGA GUARD SHAKLEE NI??
  • Omega Guard Shaklee diekstrek dari ikan air laut sejuk seperti (Sardin, Mackerel Herring dan Anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan. Malah, mempunyai 3 kali ganda ketumpatan minyak hati ikan
  • Satu-satunya minyak ikan paling tulen di dunia, lengkap dengan 7 asid lemak omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • Omega Guard dihasilkan menggunakan kaedah Ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini, tetapi kebanyakan minyak ikan yang lain dihasilkan dari kaedah penyulingan tekanan tinggi dimana sesetengah nutrien akan termusnah dan lebih membahayakan, ia tidak akan dapat menapis kandungan logam.
  • Omega Guard melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrek asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan semula jadi sementara menyingkirkan bahan berbaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan PCB (polycholirnated bipheyl) iaitu bahan kimia industri yang tersangat toksik.

Adakah anda membeli Omega-3 atau LEMAK IKAN? Perhatikan rajah di atas, kandungan Omega-3 sangat tinggi. Dalam satu sajian Omega Guard sahaja sudah cukup nutrisi DHA & EPA untuk badan. Berhati-hatilah ketika memilih produk kesihatan untuk anda dan keluarga tersayang.


KENAPA SAYA PERLUKAN OMEGA GUARD?



1. Membantu Perkembangan Otak dan Memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Amat penting bagi ibu mengandung, menyusu dan kanak-kanak semasa pembesaran. Mencegah ADHD (attention deficit hyperacitivity disorder).

2. Merendahkan kolestrol. DHA dan EPA di dalam Omega Guard meningkatkan HDL&LDL (Kolestrol baik) dan merendahkan tahap triglycerides(lemak dalam darah).

3. Mengawal Tekanan Darah Normal. Omega Guard mencairkan darah yang terlalu pekat, melincirkan saliran darah lalu melancarkan peredaran darah. Oleh itu, ia efektif untuk merendahkan tekanan darah yang tinggi kepada tekanan darah normal.

4. Mecegah Serangan Jantung. Ujian klinikal membuktikan EPA & DHA membantu mengurangkan faktor serangan jantung seperti kolestrol yang tinggi dan tekanan darah tinggi(as explained above). Ia juga mencegah Arteriosclerosis(pengerasan arteri) dengan memperlahankan pembinaan plak dan darah beku yang boleh mengakibatkan arteri tersumbat.

5. Mengelak Serangan Strok. Dengan mencegah arteri dari tersumbat, ia mengurangkan risiko serangan strok kerana arteri yang tersumbat boleh membawa ke otak.

6. Meningkatkan Sistem Imun. Sistem imun yang baik mengurangkan risikot penyakit SLE, dimana sistem imun kita menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat.

7. Anti-Radang. Manfaat utama omega-3 ialah mengurangkan keradangan yang boleh mengakibatkan jerawat besar kemerahan dan juga sakit sendi yang disebabkan keradangan tisu badan.

8. Osteoporosis. Omega 3 membantu meningkatkan kalsium dalam badan dan meningkatkan kekuatan tulang

9. Mencegah Penyakit Alzheimer. Kajian menunjukkan mereka yang kekurangan Omega 3 sering dikaitkan dengan masalah ingatan dan dimentia.

10. Memelihara Penglihatan dan Pendengaran. Mereka yang cukup Omega 3 didapati tidak mempunyai risiko penyakit Macular Degeneration iaitu masalah mata yang krikal yang boleh membawa buta.

11. Membantu Masalah Kulit. Pengambilan Omega Guard boleh mengurangkan sensitiviti terhadap UV matahari. Selain itu melicinkan dengan memberi 'glow' pada kulit.

12. Menstabilkan Emosi. Membantu mengawal emosi bagi wanita yang menghadapi PMS, Bipolar Disorder dan mengurangkan tekanan/kemurungan secara khususnya.

13. Menentang Kanser. Kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 membantu mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Disamping itu membantu pesakit kanser berfungsi dengan lebih efektif.


Boleh double check info Omega 3 disini: Green Med Info

Omega-3 sudah semestinya makanan tambahan yang tidak diragui lagi dan amat penting untuk kesihatan seluruh badan.

Ayah ambik Omega Guard untuk kesihatan jantungnya, mama ambik untuk kesihatan tulang dan pinggang, Haney ambik untuk kesihatan wanita dan of course untuk kulit licin pinkish-pinkish :)

Alhamdulillah kami sekeluarga sangat sesuai dengan Omega Guard ini dan semestinya menambahkan lagi keceriaan hidup bila mendapat nikmat kesihatan dari Yang Maha Besar.

Kesihatan kita tanggungjawab kita. Jika dah sakit teruk bila umur 50 tahun, itu adalah kerana keputusan yang kita buat 5,10 atau 15 tahun lalu. Tanggungjawab kita terhadap diri kita ialah berusaha memelihara kesihatan yang diberikanNYA. Amanah tu ye ;)

Saya doakan kesihatan yang THORBAIK buat anda semua. Thanks for reading!



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLE!!

Tuesday, February 25, 2014

Rahsia Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi

Assalamualaikum,

Bersambung kita dengan tajuk terakhir yang saya nak kongsikan iaitu Cara Menghilangkan & Mengatasi Jerawat secara Semulajadi.

Saya ada menceritakan tentang  Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jerawat (KLIK DISINI) dan Faktor-Faktor Pembentukan Jerawat (KLIK DISINI) dengan info yang terperinci. Boleh  baca untuk ilmu tambahan.

BERITA BAIK bagi mereka yang INGIN MUKA BEBAS JERAWAT. Look no more! Saya akan dedahkan rahsia saya dan juga ramai lagi kawan-kawan yang dah try cara semula jadi ini untuk hapuskan jerawat!

Alhamdulillah syukur saya dipertemukan dengan produk Shaklee, dan terus jatuh cinta kerana manfaatnya. Titik permulaan saya ingin melakukan bisnes Shaklee ni adalah kerana saya percaya dengan produk-produk ini. Dan yang paling penting bagi saya ialah, saya nak menjaga kesihatan dalaman dan luaransaya. Tak nak la muka cantik licin, tapi dalaman rosak nauzubillah. Betul ke betul?

Inilah dia NUTRISI SEMULAJADI YANG PENTING UNTUK KESIHATAN KULIT. Kesan yang saya alami, sangat memuaskan, cepat dan paling berkesan. Alhamdulillah.



  1. Makanan Kaya Asid Lemak Omega 3. Ini termasuk ikan salmon, biji flaks, dan walnut. Makanan kaya Omega-3 terkenal untuk memberikan kulit 'GLOWING' serta-merta. Makanan ini juga boleh membantu mengurangkan keradangan, jadi jerawat tidak akan nampak kemerahan.
  2. Makanan Penuh Antioksida. Ramai dah tahu bahawa makanan penuh antioksida baik untuk kesihatan anda, dan sebenarnya ia juga memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda. Makanan yang kaya antioksidan seperti ceri, beri, teh hijau dan bayam menyerang radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kerosakan kulit dan jerawat.
  3. Makanan Kaya Vitamin C. Tembikai, oren, tomato, strawberi yang penuh Vitamin C akan meningkatkan sistem imun anda dan menguatkan dinding sel anda. Makanan ini akan membantu melindungi kulit anda dari parut jerawat dan mengaktifkan kuasa penyembuhan kulit yang rosak dan iritasi kulit.
  4. Makanan Kaya Vitamin E. Kategori ini termasuk kacang, kacang soya, badam, sayur-sayuran hijau dan telur. Vitamin E juga membantu melindungi kulit dari parut dan melingdungi sel kulit dari rosak.
  5. Makanan Kaya Vitamin A. Ia membantu meningkatkan penumbuhan sel kulit baru yang sihat. Makanan yang memberi badan anda vitamin A secara optimum ialah makanan yang kaya beta-karotena seperti lobak merah. Tips nak mencari sayuran yang kaya beta carotene? Lebih cerah dan menyala warna sayuran tu, lagi tinggi nutrisi beta-karotena nya. 
  6. Mineral Zinc Mencukupi. Terdapat didalam barli dan tiram. Ia mampu mepercepatkan pemulihan luka, membaiki radang kulit dan alergi.
  7. Kacang Soya. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk menyokong pembinaan protein dalam badan. Ini adalah penting untuk membina kolagen untuk melindungi kulit daripada enzim yang menyerang kolagen sihat dan elastin. Soya juga mengandungi antioksida yang dipanggil isoflavon yang boleh melindungi kulit daripada keradangan. APA YANG PENTING? Pastikan soya yang anda ambil ialah NON GMO.


Jika anda dapat menggabungkan nutrisi-nutrisi diatas dalam diet harian anada, Alhamdulillah dan InsyaAllah muka mesti licin dan sihat. Namun bagi yang sibuk dengan jadual yang padat, mana mungkin mampu nak cukupkan nutrisi-nutrisi ini setiap hari kan? Samalah seperti saya :D Sebab itu saya perlukan makanan tambahan dari Shaklee untuk memastikan diet harian saya cukup dengan semua nutrisi ini. Inilah set yang saya ambil untuk kesihatan kulit yang optimum dan masalah jerawat saya hilang dalam kurang sebulan! "If you follow the law of nature, you cant go wrong" - DR Shaklee.




SET JERAWAT SHAKLEE
Inilah rankaian supplemen shaklee untuk kulit sihat, licin tanpa jerawat! Saya mula menggunakan Shaklee kerana harganya yang berpatutan dan tahan lama sehingga 1 - 6 bulan. PALING BEST IS THE RESULT! 


Ambil supplemen mengikut keperluan anda. Anda lebih memahami masalah kulit anda sendiri kan? Namun, jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai masalah jenis kulit anda atau keperluan nutrisi kulit yang anda perlukan, saya sedia membantu. Boleh hubungi saya melalui email hnyabbas@gmail.com / SMS/Wsapps 019 3322 314.



APA KATA MEREKA YANG DAH MENCUBA SET JERAWAT SHAKLEE?
Ramai yang dah cuba dan dah tahu keberkesanan set shaklee. Yang lagi best, kawan saya yang mencuba produk shaklee ini kata, bukan setakat menghilangkan jerawat, alergi beliau juga dah main kurang dan batuk yang serius terus baik keesokan harinya selepas mengambil shaklee. Bahagianya hati sayaaaa dapat tengok sendiri keputusan yang baik dari customer :DD Kawan yang masih student pon mampu memiliki shaklee kerana HARGANYA YANG MEMANG BERPATUTAN!




Nampak feedback mereka? mereka nampak lebih berkeyakinan dan sangat gembira kan tanpa jerawat? Kalau dah namanya wanita, memang fitrah kita ingin kelihatan cantik untuk diri sendiri dan juga nak cantik di mata suami :) Jagalah kecantikan kita dengan cara yang betul dan tidak memudaratkan diri. Saya nasihatkan jangan melaburkan kesihatan anda dengan produk yang anda tidak pasti keselamatannya.

Saya doakan anda semua akan berjaya mengatasi masalah jerawat anda suatu masa nanti. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa!

Thanks for reading!
Haney

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan tersayang?
Ingin tambah pendapatan sebanyak 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




Wednesday, February 12, 2014

Faktor Kulit Jerawat & Mitos Tentang Jerawat

FAKTOR PEMBENTUKAN JERAWAT

Daripada penerangan terperinci yang saya jelaskan tentang jerawat di sini, saya ingin share pula sebab mengapa ada di antara kita yang lebih cenderung mendapat jerawat.

HORMON
Faktor utama biasanya ialah faktor hormon.  Perubahan hormon menyebabkan sesetengah organ badan kita "off" sikit la. Waktu yang biasanya kita akan melalui fasa perubahan hormon ini adalah ketika memasuki alam akil baligh, 3 bulan pertama mengandung dan juga masa datang bulan. Ketika fasa ini, badan kita mengeluarkan hormon androgen(sejenis hormon lelaki)  yang lebih banyak dari biasa. Fungsi hormon lelaki ini dihasilkan badan kita sebenarnya untuk menolong pertumbuhan tulang dan otot bagi wanita dan lelaki. Namun hormon Androgen ini juga menggalakkan penghasilan minyak di dalam liang roma kita.

Masalah ketidakseimbangan hormon seperti Polycistic Ovary Syndrome juga mengakibatkan masalah jerawat yang berlarutan hingga dewasa. 

GENETIK / KETURUNAN
Jerawat juga boleh dipengaruhi dari genetik dan keturunan. Kalau ibu bapa kita mempunyai sejarah jerawat dulu-dulu, ada kemungkinan untuk kita menghadapi masalah yang sama. Masalah jerawat ialah sejenis genetik menerima, jadi tidak semestinya seluruh ketururan akan menerimanya. 

TEKANAN / STRESS
Mereka yang menghadapi tekanan akan cenderung untuk mendapat jerawat kerana kesan tekanan akan mencetus “fligh or fight syndrome”. Ia merupakan “signal” atau amaran yang badan kita hasilkan kesan dari tekanan. Signal ini akan melalui pelbagai proses yang akhirnya mengakibatkan badan kita mengeluarkan 30 jenis hormon yang berbeza! So faham-fahamlah ye kalau hormon berduyun duyun keluar.. toksah stress-stress yea

For further reading untuk “flight or fight syndrome” http://science.howstuffworks.com/life/fear2.htM

PIL PERANCANG KELUARGA
Bukan semua birth control pill sama dan mendatangkan jerawat. Malah, ada yang digunakan sebagai pencegah jerawat seperti Ortho Tri Cyclen. Birth Control Pill (BCP) biasanya dikategorikan mengikut jumlah estrogen atau progestin yang akan mengawal tinggi rendahnya kesan androgen dalam badan kita. Kesimpulannya, BDP yang meningkatkan kesan androgen seharusnya dijauhi oleh mereka yang memiliki kulit mudah berjerawat. BCP yang tinggi kesan androgen adalah seperti  Loestrin, Estrotrep, Fe Levlen, Alesse, Ovral, Norestrin, Nuvo ring, Mirena ring dan Depoprovera sho. Jika ada bahan-bahan ini dalam BCP anda, kalau boleh elakkan.

PANAS, KELEMBAPAN & SINARAN UV
Persekitaran yang panas menyebabkan muka sedikit membengkak. Sinaran UV pula merosakkan follicle muka dan meningkatkan kemungkinan bagi jerawat makin membengkak dan merah.


MITOS POPULAR TENTANG JERAWAT

1.   Saya cuci muka dengan kerap supaya tak berminyak :)
      Tidakkk. Salah tu. 2 kali ialah jumlah maximum untuk cuci muka dalam sehari. Bila bangun pagi, dan sebelum tidur. Bila anda cuci muka anda dengan kerap dan menghilangkan minyak, anda telah menghantar mesej pada badan anda yang ia perlu menghasilkan lebih banyak lagi minyak. Kerana minyak sangat penting agar muka kita sihat dan lembab. Tapi idak la saya cadangkan biar muka melekit sampai dah macam orang minyak pon tak cuci-cuci. Bila terasa muka kita kotor atau terlalu berminyak, basuh dengan air sahaja sudah mencukupi.

Yaa jerawat dah masak, pop picit! 
Ini bukan game nak tunggu jerawat masak ke setengah masak ok. Memicit jerawat adalah pantang utama, I repeat, pantang utama bagi mereka yang berjerawat! Bila anda picit jerawat, nak keluarkan nasi ke, ape ke, ia memburukkan lagi keadaan kerana jangkitan kuman sedia ada akan masuk lebih dalam di lapisan muka kita. Lagi dalam jankitan itu masuk, laaaagi susah nak pulihkan dan bila dah baik, kulit muka akan berlopak macam bulan. Taubatlah dari kerja menyental jerawat ni.

Apa? kacang? jerawat!! coklat? jerawat!!
Menangis 7 purnama I kalau tak boleh makan coklat :'( Tidak dinafikan diet yang seimbang baik untuk kesihatan kita, tetapi ia bukanlah punca utama jerawat. Perempuan selalu makan coklat bila stress, lepas tu esok.. dan dan la jerawat keluar. Punca utama jerawat tu keluar lebih kepada stress yang anda hadapi, atau alahan, bukan pada makanan itu. Tapi jangan pulak saja nak makan coklat kacang ayam goreng banyak-banyak sebab nak test mitos ni. Saya menyokong saranan untuk mengambil diet seimbang untuk kesihatan kita secara menyeluruh biarpun anda ada atau tiada masalah jerawat. Bila tubuh kita sihat, insyaAllah tiada juga masalah jerawat. 

Monday, January 20, 2014

JERAWAT: Merawat, Menghilangkan dan Mengatasi Jerawat Secara Semula Jadi

Info paling lengkap dan terperinci tentang  masalah kulit berjerawat dan cara memulihkannya dengan mudah, cepat, berkesan dan tanpa side effect!

Sooo true! Bila hari-hair yang duduk rumah takde plan nak keluar, Alhamdulillah jerawat semua behave. Bila esok nak keluar ada jumpa kawan lama ke ape, mulalahhhh dia buat perangai. Nak keluar melihat dunia agaknya.. hadoiii ;(


Jerawat ini bukan hanya sekadar merosakkan kulit wajah kita taw, lebih dari itu, merosakkan keyakinan seseorang. Speaking from experience, saya dah katam perasaan orang yang ada masalah yang sama. HUH! Mula masuk tingkatan, kewanitaanku terserlah dengan jerawat. Nasib baiklah saya girls school, so takda la malu sangat, takde boys-boys nak ejek. hehehe. Kawan perempuan pon ada yang mengalami masalah yang sama, so kitorang sama-sama menangis la mengenang nasib masing-masing. hahaha

Penangan masalah jerawat tidak berakhir di situ.. saya mula jadi terlalu sensitipp bila orang tegur pasal jerawat2 ni. Bila jerawat keluar kat tengah-tengah alam, langsung tak nak keluar rumah. Bila keluar dengan kawan, volunteer siap-siap nak jadi tukang tangkap gambar. Macam-macam lagilah sketsa sedih saya dulu. sobsob.

Bersungguh-sungguh nak muka bersih, pelbagai jenis produk muka saya try. Yang dari luar negara, made in Indonesia, Sabun herba asli etc. Macam-macam petua macam-macam tips saya cuba. Jangan biarkan muka berminyak, stok kertas biru clean&clear tu wajib ada dalam poket. Tak boleh makan kacang, makanan berminyak dan bergula, tapi ni payah sikit nak ikut sebab saya makan memang tolak batu dengan kayu je :p Tukar sarung bantal setiap minggu.Buat! Jangan pegang muka, jangan biar rambut sentuh muka, jangan itu jagan ini. Kalah orang pantang lepas beranak yalls! Tapi hampa, jerawat tetap datang lagi. Macam Tora.

Sebab hairan sangat macam mana bersih pon saya jaga kulit saya, tapi keluar jugak jerawat ni. Jadi saya buat banyak research in order to reallllly understand the situation. Dari situ mulalah faham apa yang saya patut dan tak patut buat dulu-dulu.

 Selepas bertahun-tahun mencari jalan nak kulit licin tanpa jerawat. Syukur Alhamdulillah saya sudah menemui cara yang paling berkesan dan paling sihat untuk menghilangkan masalah jerawat :)

Hari ini saya ingin share apa yang saya tahu tentang jerawat secara terperinci dengan anda semua. Saya nak bantu anda fahamkan masalah jerawat ini dari A - Z agar lebih mudah nak menghilangkan dan mengatasinya.

Tajuk yang saya akan terangkan adalah, Apa yang ada dibawah lapisan kulit kita?, Bagaimana jerawat berlaku?, Jenis-jenis jerawat, Faktor pembentukan jerawat, Mitos tentang jerawat dan  Cara semulajadi untuk menghapuskan jerawat. Banyak ini topik nak cover. Bagi yang betul-betul berazam nak muka licin bersih, bersabarlah baca satu-satu tajuk ok? OK. Bagusss.


APA YANG ADA DI BAWAH LAPISAN KULIT KITA?


Follicle ialah seperti kantung yang ada di bawah setiap liang roma kita. Follicle menghasilkan dan melepaskan kerotin setiap hari bagi mengganti dinding follicle yang menipis. Sebaceous gland pula ialah gelendang minyak yang menghasilkan minyak (sebum) yang akan disalurkan melalui bulu roma ke permukaan muka bagi tujuan melembabkan kulit muka kita. Dalam follicle juga boleh terbentuknya bacteria seperti P Bacteria. Secara ringkasnya, 3 substance (Kerotin+Sebum+Bakteria) ini yang akan dikeluarkan dari liang roma ke permukaan muka setiap hari. Apabila kita cuci muka, maka hilanglah bahan-bahan ini dari permukaan muka kita.



PROSES PEMBENTUKAN JERAWAT
Sepertimana proses saya terangkan diatas, sekiranya proses tersebut berjalan lancar, maka tiadalah masalah jerawat, muka pon licin bersih! Te ta pi, jerawat mula terbentuk apabila liang roma tersumbat dan gagal mengeluarkan bahan-bahan di dalam follicle ke permukaan muka. Kebiasaanya, liang roma tersumbat kerana gelendang minyak yang terlalu aktif menghasilkan minyak terlalu banyak. Lain orang lain tahap keaktifan gelendang minyaknya. Liang roma juga mungkin tersumbat kerana sel kulit mati kotoran di permukaan wajah kita menutupinya. Sebab tu jangan pegan muka selalu, lagi-lagi kalau tangan kotor.


APAKAH KETEGORI JERAWAT ANDA?
Lain orang lain masalah muka yang mereka hadapi. Ada yang menghadapi jerawat batu ada pula yang tidak mempunya jerawat tetapi blackhead penuh di kawasan hidung. Masalah-masalah ini bergantung pada jenis muka mereka dan bagaimana gelendang minyak mereka berfungsi.

Non-Inflammatory Acne (Jerawat tidak merah)

Close Comedone

Selalunya dikenali sebagai bintik putih@whiteheads. Ia disebabkan minyak yang tersumbat di dalam permukaan kulit kita kerana pembukaan liang roma yang terlalu kecil. Jadi minyak terkumpul di situ, dan boleh dikeluarkan bila kita picit dan memaksa liang roma buka sedikit luas.


Open Comedone

Atau kita biasa panggil bintik hitam @ blackheads pula terjadi kerana pembukaan liang roma yang terbuka dan minyak atau sebum yang tersumbat di liang roma itu terdedah pada oxygen. Disitu berlakunya pengoksidaan. Sebum kita mempunyai bahan bernama melamin yang bertanggungjawab memberi kulit kita tona(warna). Melamin mempunyai tidak balas apabila terdedah kepada oxygen, iaitu ia akan menjadi gelap. Sebab tu bila kita keluarkan blackheads, sebelahnya hitam, sebelah yang tidak terdedah pada oxygen bewarna putih.


Inflammatory Acne (Jerawat kemerahan)

Papule

Papule ialah bonggol kemerah-merahan di muka. Ia akibat dari sumbatan (minyak+bacteria+keratin) yang tidak lagi boleh ditampung kerana proses penghasilan sebum dan bahan-bahan lain berlaku setiap hari dan sumbatan makin parah, maka ia memecahkan dinding follicle dan bacteria mula berkeliaran di luar kawasan follicle di bawah permukaan muka kita. Ia lah punca inflammation dan di kawasan itu menjadi merah. Kerana bacteria mengeluarkan bahan inflamasi.


Pustule

Pustule pula jenis jerawat yang kita biasa panggil ‘jerawat dah masak’. Jerawat yang dah ada cecair putih di permukaannya. Cecair putih itu dipanggil ‘pus’ dalam bahasa sainsnya. Pus ini diakibatkan dari sistem imunisasi badan kita yang mengarahkan darah putih ke kawasan tersebut untuk melawan bacteria yang dah berkeliaran. Darah putihkan anti bodi kita, macam askar untuk badan kita. Badan kita akan melepaskan inflammatory chemical untuk menewaskan bacteria ini, tetapi bacteria juga mempunyai power untuk mengalihkan arah chemical ini ke kulit kita, maka menambakan lagi ‘redness’ di permukaan wajah. Jadi, bila kita picit jerawat yang sudah masak, cecair putih yang keluar itu ialah sel darah putih kita. Memicit jerawat tidak menyebabkan bacteria hilang, malah bacteria mungkin akan masuk ke lapisan kulit yang lebih dalam yang membuatkan parut yang sangat sukar dihilangkan.


Cyst
Cyst ialah jerawat yang mengalami infection yang lebih dalam kerana bacteria yang merebak lebih banyak, maka system imunisasi kita juga lebih dan menghasilkan lebih pus di lapisan dalam kulit.


Nodule
Nodule pula jenis jerawat di mana minyak yang terperangkan telah memecahkan dinding follicle yang tertanam di dalam lapisan kulit. Ini mengakibatkan infection yang lebih kritikal. Jerawat jenis ini pula sakit jika disentuh.





Sambungan...

Saya berdoa info ini dapat memberi manfaat pada anda semua, InsyaAllah :D


xoxo
Hani